Blog ini asalnya dibuat untuk merekodkan peristiwa-peristiwa deja vu dalam hidup saya.
Peristiwa deja vu berlaku dua kali dengan bentuk yang sama atau hampir, seolah-oleh mempunyai pola (pattern) tertentu, seolah-olah co-incident tetapi sebenarnya tidak kerana kebarangkaliannya (probability) terlalu kecil. Kalau sekadar bertemu dua proton waja putih sehari, belum deja vu, tetapi jika bertemu dua proton waja yang sama di tempat berbeza atau pada masa yang anda tidak sangka, maka ianya deja Vu.
Satu peristiwa baru-baru ini belum saya rekodkan di sini. Saya sedang bertugas luar di Melaka, berhenti mengisi minyak di stesen Petronas di bandar Masjid Tanah. Di situ sambil mengisi minyak ternampak seorang budak perempuan membuat jualan amal lalu saya membeli sesuatu daripadanya. Kemudian saya meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan selepas beberapa hari kemudian baru bertolak pulang melalui lebuh-raya. Saya singgah di Kawasan Rehat Seremban. Di situ ternampak beberapa dua pelajar membuat jualan amal. Bayangkan terkejutnya saya, budak perempuan yang saya temui di Masjid Tanah tersebut ada di situ dan dia juga ingat saya ada membeli sesuatu daripadanya di Masjid tanah.
Co-incident? Jika anda baca beberapa peristiwa yang saya coretkan pada bulan Ogos dan September 2008, sukar untuk menerimanya sekadar co-incident. Cuba nilai apakah kebarangkalian (probability) perkara tersebut berlaku dua kali dalam tempoh masa yang singkat ?
Perkara-perkara ini terjadi membuatkan saya memikirkan lebih mendalam mengenai tingginya ilmu Allah, Allah sangat mengetahui segala sesuatu dan setiap sesuatu berlaku hanya dengan izin dan perancangan Allah. Nothing happens by chance. Allah memelihara, memerhati, menentukan setiap kejadian di dalam alam buana.
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. [ Surah AlHadid: 2-4]
Thursday, September 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment